YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) menerusi syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G miliknya, YES melancarkan pelan yang bakal membekalkan telefon serta data secara percuma kepada keluarga dan individu daripada golongan B40.
Usaha di bawah inisiatif Jaringan Prihatin kerajaan tersebut memperkenalkan dua pelan iaitu YES Prihatin Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES Prihatin Belajar Dari Rumah Individu.